Friday, February 4, 2011

Semanis Kurma TV9 | Free Download

Disini saya kongsikan koleksi slot Semanis Kurma yang ditayangkan setiap malam Khamis jam 10.00-11.00 malam di tv9.


"Sebuah rancangan menarik dan khas yang membincangkan topik suami isteri dan hal ehwal rumahtangga mengikut hukum-hukum Islam"



Koleksi Tahun 2011

Episode 1 - "Suami Kaki Leleh (Sensetif)"

Episode 2 - "Godaan Laman Sosial"

Episode 3 - "Isteri Taat Membuta Tuli... Relevenkah?"

Episode 4 - "Pura-pura Bahagia - Kahwin Pilihan Keluarga"

Episode 5 - "Cinta Jauh Usia"

Episode 6 - "Tebus Talak"

Episode 7 - "Pasangan Kaki Leter"

Episode 8 - "Cuai Nafkah"

Episode 9 - "Bila Isteri Mendominasi"

Episode 10 - "Gambar Sekadar Hiasan"

Episode 11 - "Dilema Keluarga Baru"

Episode 12 - "Pasangan Dingin"

Episode 13 - "Tanggang Moden Salah Siapa?"

Episode 14 - "Rajuk Jiwa Menanti Permata"

Episode 15 - "Cinta Lama Kembali Semula"

Episode 16 - "Kawan Makan Kawan"

Episode 17 - "Perigi Cari Timba"
[Link 1, Link 2, Link 3, Link 4]

Episode 18 - "Kasihnya Ibu"
[Link 1, Link 2, Link 3, Link 4]

Episode 19 - "Kekasih Gelap Si Pembantu Rumah"

Episode 20 - "Isteri Garang Macam Singa"
Episode 21 - "Suami Perah Duit Isteri"
Episode 22 - "Hatiku Baran"

Episode 23 - "Cinta Cyber, bahagia@bahana"

Episode 24 - "Kasihnya Bapa"

Episode 25 - "Majlis Pertunangan@Pernikahan"

Episode 26 - "Cintaku Tak Kenal Usia"

Episode 27 - "Ipar Kaki Kepoh"

Tuesday, February 1, 2011

Mutiara Kata Dr Tuah Iskandar


“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”

“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”

“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”

“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”

“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”

“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”

********************************************************************************
1. Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yang indah lagi suci. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

2. Mengapa tidak lalui hidup secara mudah iaitu terima apabila datang, sabar apabila tiada. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

3. Cinta memang ajaib, ketika usia semakin meningkat, cinta tidak pernah tua, ia tetap muda sepanjang masa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

4.Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

5.Semua yang ada pada seseorang memang perfect pada mata kita sehinggalah kita benar-benar tinggal sebumbung dengannya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

6. Bercintalah seadanya sewaktu di alam percintaan supaya kita boleh menerima sebarang kegagalan andainya disuratkan begitu, tetapi bercintalah anda sesungguhnya dan sepenuhnya tatkala sudah berkahwin nanti, sebab itulah yang menjamin kebahagiaan dalam hidup bersama. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

7. Andainya seseorang itu jujur ingin mendampingi anda, anda tidak harus menutup pintu hati untuknya. Menutup hati terus akan hanya merosakkan perasaan sendiri sebab manusia memang perlukan kasih sayang untuk memenuhi kehendak nuraninya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

8. Bercouple selagi tidak melakukan perkara-perkara yang salah mengikut syariat Islam bukanlah masalah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

9. Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnakan putaran hidup kita. Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan, moga-moga kekal hingga ke sudah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

10. Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

11. Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

11. Tanpa matlamat untuk berkahwin di sinilah syaitan mencelah-celah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

13. Jangan terjemahkan perasaan cinta itu melalui perhubungan yang salah kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu merosakkan hati, menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan mendorong kepada zina. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

14. Bagaimana seseorang itu dapat dikahwini kalau orang langsung tidak menyedari akan kewujudannya? – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

15. Kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi keimanan yang jitu. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

16. Perkahwinan yang bahagia dapat dibina setelah melalui keserasian manakala keserasian itu pula dapat dibentuk melalui percintaan yang serasi. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

17. Bercinta untuk menambah dan meningkat keimanan, ia bukan satu kesalahan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

18. Realitinya, kecantikan bukanlah sepenuhnya terletak pada muka, tetapi wajah yang lebih mendominasi. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

19. Muka adalah apa yang dipamerkan, seadanya ia, sedangkan wajah adalah muka yang telah diberikan pendekatan dan penampilan berbeza, diperkuat oleh suara, senyuman, lirikan mata serta susuk tubuh mahupun bahasa badan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

20. Usah risau kalau orang berkata wajah kita tidak jelita, sebab orang itu hanya mewakili dirinya sahaja, sedangkan ada berjuta lagi manusia di luar sana yang memiliki persepsi berbeza. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

21. Hakikatnya setiap manusia adalah cantik dan jelita, lantaran setiap manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

22. Jika tidak dapat membezakan antara daging fresh dengan yang bangkai, bukankah itu haiwan namanya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

23. Jadikanlah perkahwinan proses untuk membina zuriat yang sihat serta jalan menuju keredhaan ILAHI. Sebarang perbuatan yang menyalahi hanyalah menyamai tingkah laku haiwan, bahkan mungkin lebih buruk lagi - ia amat memalukan dan amat-amat tidak padan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

24. Batasilah perasaan terlalu cenderung untuk menyintai manusia lebih dari segalanya, sedangkan cinta selain kepada yang Maha Esa itu pasti padam dan tidak kekal. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

25. Cinta adalah suatu perasaan yang sedia ada dalam setiap jiwa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

26. Cinta ini perlu dipupuk lalu dibentuk mengikut acuan yang sebenar sebagaimana cinta semestinya. Jika tiada acuan diberikan lahirlah cinta sumbang lagi memualkan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

27. Cintai ALLAH, hidup menjadi indah. Cintai manusia tidak semestinya hidup menjadi selesa dan bahagia. Jika pun harus bercinta dengan manusia, jadikan cinta kepada manusia itu untuk menuju kecintaan abadi dan suci terhadap ALLAH. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

28. Cintailah dia kerana ALLAH, tindakan anda tidak akan menjadi salah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

29. Setiap keputusan yang tepat bermakna jaya dan bahagia. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

30. Seseorang remaja boleh sahaja bermodalkan cinta untuk menawan hati pasangannya, tetapi untuk bertanggungjawab akibat dari hambatan rasa cinta itu selalunya amat sedikit malah boleh dikatakan hampir tiada. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

31. Cinta perlu dilalui dengan penuh kebijaksanaan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

32. Hanya orang yang bijak akan merasai betapa sucinya cinta, tetapi untuk sampai merasai betapa sucinya cinta itu, seseorang perlu membangkitkan rasa sucinya terhadap ALLAH – ketika itulah dia dikatakan bijak. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

33. Mengapa tidak berfikir sejuta kali sebelum berbuat sesuatu yang salah? – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

34. Ketahuilah bahawa setiap kesusahan dalam hidup memang sebahagian besarnya kita sendiri yang membuatnya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

35. Wahai gadis, pertahankanlah hak anda sebagai wanita yang memiliki sesuatu yang sangat berharga. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

36. Jadilah lebih bijak sebab tiada gunanya hidup tanpa kebijaksanaan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

37. Bertindak bijak penuh wawasan sebab sekali terjebak, kesusahannya sepanjang masa mendatang. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

38. Jika anda telah pergi kepada sepuluh orang untuk mendapat nasihat pada masalah yang sama, anda sebenarnya telah membuang masa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

39. Seseorang itu boleh dinilai jujur cinta kasihnya pada manusia sekiranya dia juga penyayang terhadap haiwan-haiwan peliharaannya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

40. Usia indah jika dititi dengan cinta. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj Meniti di atas cinta yang songsang ibarat berjalan di taman penuh berduri – nikmatnya ada tetapi kesakitan tetap terasa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

41. Silaplah jika kita gagal memahami cinta, lebih silap apabila menolak cinta bahkan lebih-lebih silap kita menjadi rosak oleh cinta. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

42. Mereka yang diulit cinta akan merasakan usianya seperti tidak pernah berganjak pergi, dengan itu dia akan terus bertenaga dan ceria menjalani hidup, biarpun kadang-kadang ditampan derita. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

43. Untuk dicintai anda juga mesti menyintai. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

44. Salinglah cinta menyintai untuk menikmati hidup penuh berkualiti. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

45. Cinta dirasai melalui perasaan kemudian difahami melalui akal. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

46. Apabila kita sudah sanggup berkahwin, itu adalah bukti cinta sebenar sebab perkahwinan bukan semestinya menjanjikan kebahagiaan atau kesenangan, kadang-kadang ia adalah mukaddimah pada kesusahan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

47. Apabila berlaku perselisihan dalam perkahwinan lakukan ia dalam kelembutan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

48. Untuk sentiasa kelihatan anggun, usahakanlah merawat wajah dan merapi diri, namun usah terlalu fanatik pada kecantikan diri sebab ia kerap boleh memesongkan anda daripada realiti. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

49. Anggun adalah kecantikan seadanya secara menyeluruh, luar dan dalam, tetapi kecantikan wajah semata-mata tentu sahaja terkeluar dari ciri-ciri anggun yang sangat diperlukan untuk membentuk peribadi seorang wanita yang disenangi. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

50. Seseorang wanita itu apabila dilihat terasa hati menjadi senang dan lapang, itulah anggun, tetapi seseorang wanita apabila dilihat hingga seolah-olah terhenti dengupan jantung oleh sebab teramat jelitanya, dia mungkin berbahaya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

51. Anggun melambangkan keluhuran budi serta peribadi yang indah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Incoming Search Terms:
Mutiara kata Dr Tuah Iskandar | Dr Tuah Iskandar Muatiara kata | Kata-Kata Indah Dr Tuah Iskandar | mutiara kata - tuah iskandar | tuah iskandar muatiara kata | kata-kata indah tuah iskandar | tuah iskandar-mutiara kata | mutiarakata tuah iskandar | tuah iskandar mutiarakata | mutiara kata Dr Tuah | Dr Tuah mutiara kata | kata-kata hikmah tuah iskandar | kata-kata hikmah-Dr Tuah

    Thursday, January 27, 2011

    Januari dan Tahun Baru

    Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru. Rasa sekejap je masa berlalu. Rasanya macam baru semalam saya sibuk-sibuk dengan kawan-kawan menguruskan tentang segala macam hal tentang posting, kemudian saya dicampakkan ke Sungai Besar, Selangor dan akhir saya bergegas ke JPN Selangor untuk memohon berpindah ke Klang. Sekarang sudah masuk tahun baru dan hampir meninggalkan bulan yang pertama. Segala macam hiruk pikuk perjalanan hidup saya ni, saya percaya Allah telah merancang sesuatu untuk saya kerana DIA lah perancang yang paling baik.


    Entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya ketika menghadapi kerenah murid-murid tahun 1 ketika hari pertama persekolah mereka. Pengalaman-pengalaman ini akan saya kutip dan saya kumpulkan di dalam diari kehidupan untuk saya pergunakan pada masa akan datang. Insyaallah. Jemputlah baca kartun kat bawah ni ye. Saya budak baru belajar melukis.




    Friday, January 14, 2011

    Godaan Laman Sosial | Tazkirah Semanis Kurma TV9




    Saya baru saja habis menonton rancangan yang sudah menjadi salah-satu rancangan favourite saya. Semanis Kurma yang bertajuk "Godaan Laman Sosial". Dalam slot kali ini, apa yang dibincangkan adalah bahana jika kita terlalu taksub dengan laman sosial sehingga kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai suami, isteri, ibu atau ayah dalam keluarga.

    Seorang pemanggil telah menceritakan apa yang telah terjadi dalam keluarganya apabila suaminya ingin berkahwin lain apabila bertemu dengan sorang wanita yang dikenali melalui laman sosial. Katanya selama ini beliau memberi kepercayaan penuh kepada suaminya menggunakan laman sosial tetapi rupa-rupanya telah disalah gunakan oleh suaminya.
    Pesanan dari ustazah Norbahiyah, suami isteri janganlah luahkan apa-apa perasaan didalam laman sosial masing-masing seperti meluahkan masalah dalam rumah tangga, sebab ditakuti dalam pada masa yang sama ada pihak yang akan mengambil kesempatan menjadi penasihat dan lama-lama akan menimbulkan perasaan lain diantara satu sama lain.

    Sekiranya ingin meminta pandangan, tanyalah dengan orang yang sama kaum. Seperti wanita meminta nasihat pada wanita yang lain dan lelaki meminta nasihat pada lelaki yang lain. Jangan minta nasihat atau pandangan pada kaum yang berbeza sebab ditakuti timbul masalah yang lain.
    Incoming Search Terms: 
    • Semanis Kurma TV9
    • Download Slot Semanis Kurma

    Tuesday, January 4, 2011

    Khairul Fahmi ke Manchester United?

    Selepas 2 jam saja Malaysia menang perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia, pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson berhajat mengambil Khairul Fahmi menggantikan Van Der Sar. Wow!!
    Betul ke?

    Pengurus MU tu memuji Khairul Fahmi antara penjaga gol terbaik antara yang terbaik, jika diberi peluang Khairul Fahmi boleh sebaris dengan Buffon, Cassilas and Van Der Sar. Itulah tajuk berita di lama web MU, Khairul Fahmi mungkin akan ganti Van Der Sar di Old Traffod, Manchester United.


    Incoming Search Terms:
    • Khairul Fahmi jaguh Malaysia
    • Khairul Fahmi ke Manchester United
    • Harimau Muda Malaysia

    Sunday, January 2, 2011

    Pelakon Faizal Yusof Meninggal Akibat Sakit Jantung

    Pelakon Faizal Yusof yang jugak bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung. Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

    Faizal Yusuf meninggal akibat sakit jantung


    Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
    Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

    Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.
    Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

    Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

    “Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya,” katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. – BERNAMA


    NOTA: macam mana dengan drama TIRAMISU tu ya. Dah habis penggambaran ke belum? kalau belum, bagaimana pengarah menghabiskan watak allahyarham?


    Incoming Search Terms:
    • Faizal Yusuf Pelakon drama TV3
    • Pelakon Faizal Yusuf
    • Meninggal akibat sakit jantung

    Saturday, January 1, 2011

    Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam bagi tahun 2011

    Gaji adalah hak bagi setiap pekerja. Jadi di sini saya ingin kongsikan senarai jadual gaji bagi kakitangan kerajaan bagi tahun 2011. Bagi yang belum daftar e-Penyata Gaji untuk kakitangan awam, sila click e-Penyata Gaji.
    Siapa punya duit gaji ni?
    Bulan Tarikh Catatan
    Januari
    25 Jan 2011
    Februari
    24 Feb 2011 Tahun Baru Cina 
    3 & 4 Feb 2011
    Mac
    24 Mac 2011
    April
    25 April 2011
    Mei
    24 Mei 2011 Pesta Menuai 
    30 & 31 Mei 2011
    Jun
    23 Jun 2011 Hari Gawai 
    1 & 2 Jun 2011
    Julai
    25 Julai 2011
    Ogos
    24 Ogos 2011 Hari Raya Puasa 
    30 & 31 Ogos 2011
    September
    22 September 2011
    Oktober
    20 Oktober 2011 Deepavali 
    26 Okt 2011
    November
    24 November 2011
    Hari Raya Haji
    6 Nov 2011
    Disember
    19 Disember 2011
    Hari Krismas
    25 Dis 2011


    * Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak dibayar awal
    kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan.


    Incoming Search Terms:

    • Jadual Gaji 2011
    • Jadual Pembayaran Gaji 2011
    • Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2011
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...