Friday, January 14, 2011

Godaan Laman Sosial | Tazkirah Semanis Kurma TV9




Saya baru saja habis menonton rancangan yang sudah menjadi salah-satu rancangan favourite saya. Semanis Kurma yang bertajuk "Godaan Laman Sosial". Dalam slot kali ini, apa yang dibincangkan adalah bahana jika kita terlalu taksub dengan laman sosial sehingga kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai suami, isteri, ibu atau ayah dalam keluarga.

Seorang pemanggil telah menceritakan apa yang telah terjadi dalam keluarganya apabila suaminya ingin berkahwin lain apabila bertemu dengan sorang wanita yang dikenali melalui laman sosial. Katanya selama ini beliau memberi kepercayaan penuh kepada suaminya menggunakan laman sosial tetapi rupa-rupanya telah disalah gunakan oleh suaminya.
Pesanan dari ustazah Norbahiyah, suami isteri janganlah luahkan apa-apa perasaan didalam laman sosial masing-masing seperti meluahkan masalah dalam rumah tangga, sebab ditakuti dalam pada masa yang sama ada pihak yang akan mengambil kesempatan menjadi penasihat dan lama-lama akan menimbulkan perasaan lain diantara satu sama lain.

Sekiranya ingin meminta pandangan, tanyalah dengan orang yang sama kaum. Seperti wanita meminta nasihat pada wanita yang lain dan lelaki meminta nasihat pada lelaki yang lain. Jangan minta nasihat atau pandangan pada kaum yang berbeza sebab ditakuti timbul masalah yang lain.
Incoming Search Terms: 
  • Semanis Kurma TV9
  • Download Slot Semanis Kurma

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...