Friday, December 2, 2011

Cara Buang Virus Shortcut part 2

Entri yang lepas saya ada berkongsi tentang cara nak buang Virus Shortcut. Kali ni, saya nak kongsi cara buang Virus Shortcut yang pernah saya guna sebelum ni.


Sama je konsepnya.
Virus ni cuma sembunyikan fail-fail kita dalam Flash Drive dan tukar kepada shortcut.
Kita masih boleh kembalikan fail-fail kita tu. Jangan panik. Hehe.

Langkah 1:
Pertama sekali, kalau flash atau external drive kita dijangkiti virus ni, jangan format. Kalau format, maknanya kita tak dapat la nak recover balik fail yang hilang tu.

Langkah 2:
Check kita punya Flash drive tu menunjukkan huruf apa.
Macam dalam gambar kat atas ni, Flash drive kita menunjukkan huruf K:

Langkah 3:
Klik pada “Start” –>Run–>taip“cmd” dan tekan butang OK.

Langkah 4:
Jika Flash drive kita huruf K: maka taip commad kat bawah ni kat dalam “cmd” tadi dan tekan “Enter

attrib -h -r -s /s /d k: *.* (Tengok kat screenshot ) 


Nota : Tukarkan huruf K: dengan huruf Flash drive kita

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...