Tuesday, May 3, 2011

Osama bin Laden meninggal dunia !

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden meninggal dunia, kata Presiden Barack Obama.Al-Jazeera melaporkan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, Osama yang menjadi buruan amat dikehendaki Amerika terkorban dalam operasi tentera negara itu di Pakistan, malam tadi.
Stesen televisyen satelit itu juga melaporkan rakyat Amerika berpesta di hadapan Rumah Putih menyambut pengumuman Obama berhubung perkara itu.

Sementara itu, wakil stesen al-Jazeera di Pakistan melaporkan ada di kalangan rakyat negara itu yang menganggap berita kematian Osama sebagai khabar angin.


Namun tidak sampai 24 jam lepas Rumah Putih mengeluarkan kenyataan bahawa Askar Amerika telah berjaya membunuh Osam bin Laden dalam 1 misi khas, gambar yang dikatakan mayat Osama bin Laden telah dipaparkan kepada umum kemungkinan untuk menguatkan hujah kununnya mereka telah berjaya membunuh beliau.

Tidak sampai 24 jam lepas gambar mayat Osama bin Laden dikeluarkan juga, Amerika telah dimalukan oleh beberapa pihak yang telah menemui gambar sebenar Osama bin Laden yang telah diguna-pakai untuk diedit menjadi gambar mayat Osama bin Laden.

2 comments:

  1. maaf mba iya dah follownya makasih banyak ya

    ReplyDelete
  2. bleh follow tdk? jdi osama udah meninggal apa blum?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...