Saturday, March 12, 2011

Gempa 8.9 skala richter cetus tsunami di Jepun





















TOKYO, 11 Mac: Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bebarapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi


Incoming Search Terms:
Tsunami di Jepun | Gambar Tsunami | bencana alam Tsunami | tsunami di jepun | tsunami bencana alam | korban tsunami di jepun | tsunami gambar

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Antarabangsa ke 100

Mungkin ada yang ingat dan mungkin ada yang tak ingat macam saya. Sesedar saya bila terima 1 mesej ucapan "SELAMAT HARI WANITA" dari seorang sahabat yang tak pernah lupakan saya. Hehe.. terima kasih.
Apa yang istimewanya hari ni 8 Mac 2011 adalah Sambutan Hari Wanita Antarabangsa kali ke-100.

Bingkisan buat wanita...Perhiasan yang menjadi dambaan..

“seorang manusia bergelar nabi,manusia leleki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

” Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.” 

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.
Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha

Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.
Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu’ ini.

Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati’. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik’. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati’ jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.


Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:

“Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)”

” Wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kepala untuk dijadikan tuan dan tidak dari kaki untuk dijadikankan hamba sebaiknya dari sisi, dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dikasihi”

Tuesday, March 1, 2011

Hani Episod Akhir Penuh Emosi


Ketabahan seorang gadis yang bernama Ummu Hani telah menjadi buta ekoran pembedahan membuang penyakit barah yang ditanggung selama ini. Setelah beliau buta beliau telah menamkan azam untuk mendalami ilmu agama sehingga berjaya menghafal alquran walaupun buta.

Sehinggalah kejayaannya membawa hasil dengan menghasilkan Al-Quran Braille dengan bantuan rakan-rakannya.. Belum sempat beliau menunaikan hajatnya untuk mengerjakan umrah bersama keluarga Allah telah menjemputnya kembali..kerana penyakit barahnya tumbuh kembali.
 
Bagi yang ketinggalan menonton apisod akhir boleh download di sini Hani Slot Lestari TV3

Incoming Search Terms:
hani slot lestari tv3 | slot lestari tv3 hani | hani tv3-free download | free download-hani tv3 | hani episod akhir | hani episod akhir free download | free download hani tv3 | free download hani episod akhir | slot lestari free download hani

Saturday, February 19, 2011

Honda Malaysia panggil balik honda City dan Jazz



KUALA LUMPUR 17 Feb. - Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010, bagi menggantikan “lost motion springs” dan “retainers” bagi kesemua kenderaan terbabit.

Dalam satu kenyataan hari ini, Honda berkata, “lost motion springs” yang dimampat oleh “rocker arms” dalam enjin biasa, mungkin bengkok atau pecah menyebabkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti.

Ia berkata, setakat ini belum ada kemalangan atau kecederaan dilaporkan bersabit isu ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, syarikat itu sedang menyediakan alat ganti.

Pemeriksaan dan penggantian akan dilakukan apabila alat ganti diperoleh, dan semua caj berhubung penggantian alat itu akan ditanggung oleh syarikat.” katanya. - Bernama

Incoming Search Terms:
Honda City | Honda Jazz | Honda City dan Jazz | Honda Jazz dan City | Honda City dan Honda Jazz | Honda Jazz dan Honda City | Honda Malaysia

Thursday, February 17, 2011

Salam Maulidur Rasul



Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana saja berada. Pada tahun ini tarikh tersebut jatuh pada 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432H. 

Seperti kebiasaan setiap tahun, sudah pastinya sambutan sempena kelahiran junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad SWT akan disambut di pelbagai lapisan masyarakat. Baik peringkat sekolah, daerah, negeri, mahupun peringkat kebangsaan. Kakitangan awam dan juga kakitangan swasta. Kanak-kanak, muda-mudi, malah tidak ketinggalan juga warga emas yang juga turut sama berarak sambil bersalawat.

Apakah sambutan seperti ini yang disarankan oleh Nabi? Dengan tarian lenggang lenggok, dengan suara lemak merdu seorang wanita mengalunkan irama nasyid, ataupun dengan perarakan dari masjid ke masjid dan pastinya diakhiri dengan jamuan makan. Stesen TV pula berlumba-lumba untuk menyiarkan  slot drama bertemakan sambutan ini. Itu sajakah?

Lebih menyedihkan apabila Sambutan Maulidur Rasul yang sepatutnya memberi keinsafan kepada umat Islam, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila ia diambil kesempatan oleh sesetengah pihak untuk melakukan maksiat. Semasa umat Islam di seluruh negara berarak meraikan sambutan Maulidur Rasul, terdapat gelagat kumpulan lelaki pula sanggup beratur menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat seks daripada para pelacur. Astaghfirullah..


Nota: Jadi apa yang sepatutnya?


Incoming Search Items:

Saturday, February 5, 2011

Maher Zain - InsyaAllah (Malay Version)



Lirik

Andainya
Kau rasa tak berupaya
Hidup bersendirian
Tanpa pembela
Segalanya suram
Bagai malamyang kelam
Tiada bantuan
Tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

InsyaAllah...
InsyaAllah...
InsyaAllah..
Ada jalannya

InsyaAllah..
InsyaAllah..
InsyaAllah..
Ada jalannya

Andainya
Dosamu berulang lagi
Bagai tiada
Ruang untuk kembali
Dikau keliru
Atas kesilapan lalu
Membelenggu
Hati dan fikiranmu
Janganlah
Berputus asa
Kerana
Allah bersamamu

InsyaAllah
InsyaAllah
InsyaAllah
ada jalannya

InsyaAllah
InsyaAllah
InsyaAllah

Kembalilah
Kepada yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku
Jalan yang benar

Jalan yang benar..
Jalan yang benar..
Jalan yang benar..

InsyaAllah..
InsyaAllah..
InsyaAllah..
Ada jalannya

InsyaAllah..
InsyaAllah..
InsyaAllah..
Ada jalannya




Incoming Search Terms:
insyaallah lyric|insyaallah maher zein lyrics|Insyaallah lyrics|insya allah lyrics|lyrics insyaallah|maher zain-insyaallah lyrics|lyric insya allah maher zain|maher zain insyaallah lyrics|maher zein insyaallah lyric|insyaalah maher zain lyrics|

Friday, February 4, 2011

Mesir terus bergolak

Tentera Mesir menempatkan kereta-kereta kebal di sebuah jejambat dekat Dataran Tahrir, Kaherah sebagai penampan bagi memisahkan antara kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan (atas) dengan kumpulan pro-Mubarak (bawah), semalam. – AP

KAHERAH 3 Feb. – Keadaan di Mesir semakin meruncing dengan lima orang dilaporkan terbunuh, apabila penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di Dataran Tahrir awal hari ini.

Tunjuk perasaan aman di negara ini sejak beberapa hari lalu bertukar ganas, sejak semalam apabila kira-kira 3,000 penyokong Mubarak yang dipercayai terdiri daripada polis berpakaian biasa menggempur penunjuk perasaan anti-kerajaan di Dataran Tahrir dan di beberapa bandar lain di Mesir.

Jumlah penyokong Mubarak ada yang menyatakan hampir 20,000 orang menaiki kuda dan unta bertindak memukul penunjuk perasaan anti-kerajaan dengan kayu dan besi dan sebahagian lagi melempar bom api ke arah penunjuk perasaan dari atas bangunan di Dataran Tahrir menyebabkan dua terkorban dan ramai yang lain cedera.

Angka korban terbaru hari ini akibat pertempuran yang menggegarkan tengah Kaherah dalam tempoh 24 jam lalu kini meningkat kepada tujuh orang dan sekurang-kurangnya 305 orang terbunuh sejak protes tercetus 25 Januari lalu dengan hampir 4,000 lagi cedera. Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi apabila penyokong Mubarak dipercayai melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-kerajaan bagi menimbulkan ketakutan di kalangan penunjuk perasaan.

“Kesemua mereka terbunuh akibat tembakan termasuk seorang yang ditembak di kepala,” kata Dr. Mohammed Ismail di sebuah klinik sementara di Dataran Abdulmenem Riad, bersebelahan Dataran Tahrir.
Seorang lagi pakar perubatan yang merawat mereka yang cedera dalam pertempuran, Dr. Amr Bahaa sebelum itu melaporkan beliau menerima ramai penunjuk perasaan yang terkena tembakan.

“Kebanyakan mangsa tiba dalam tempoh tiga jam lalu, ramai dengan luka terkena tembakan,” katanya awal pagi ini, dengan menganggarkan jumlah yang cedera sejak semalam melebihi 1,000 orang.
Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang cedera akibat tembakan dari Jambatan Oktober, di mana penyokong Presiden Hosni Mubarak berhimpun.

Menteri Kesihatan, Ahmed Hosni Farid berkata, tiga orang terbunuh dan 639 lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Mubarak di tengah Kaherah.

Pertempuran itu meletus apabila penyokong Mubarak menggempur Dataran Tahrir petang semalam dipercayai dalam usaha untuk menamatkan protes yang menuntut peletakan jawatan Presiden itu.
Bunyi tembakan kedengaran dari semasa ke semasa mulai sekitar 4 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia) dan berlarutan selama dua jam, manakala beberapa kereta kebal tentera yang ditempatkan di dataran tersebut kelihatan beralih dari kedudukan masing-masing tanpa meninggalkan kawasan itu.

“Pertempuran bermula pada 4 pagi. Anggota polis berpakaian awam melepaskan tembakan dari Jambatan Oktober,” kata seorang saksi di hospital Kasr El-Aini di mana banyak ambulans tiba. – Agensi

Nota: US dan Israel bertepuk tangan bila umat Islam berpecah belah

Incoming Search Terms:
  • Mesir berdarah
  • Mesir terus bergolak
  • Nasib Pelajar Malaysia di Mesir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...