Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana saja berada. Pada tahun ini tarikh tersebut jatuh pada 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432H.
Seperti kebiasaan setiap tahun, sudah pastinya sambutan sempena kelahiran junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad SWT akan disambut di pelbagai lapisan masyarakat. Baik peringkat sekolah, daerah, negeri, mahupun peringkat kebangsaan. Kakitangan awam dan juga kakitangan swasta. Kanak-kanak, muda-mudi, malah tidak ketinggalan juga warga emas yang juga turut sama berarak sambil bersalawat.
Apakah sambutan seperti ini yang disarankan oleh Nabi? Dengan tarian lenggang lenggok, dengan suara lemak merdu seorang wanita mengalunkan irama nasyid, ataupun dengan perarakan dari masjid ke masjid dan pastinya diakhiri dengan jamuan makan. Stesen TV pula berlumba-lumba untuk menyiarkan slot drama bertemakan sambutan ini. Itu sajakah?
Lebih menyedihkan apabila Sambutan Maulidur Rasul yang sepatutnya memberi keinsafan kepada umat Islam, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila ia diambil kesempatan oleh sesetengah pihak untuk melakukan maksiat. Semasa umat Islam di seluruh negara berarak meraikan sambutan Maulidur Rasul, terdapat gelagat kumpulan lelaki pula sanggup beratur menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat seks daripada para pelacur. Astaghfirullah..
Nota: Jadi apa yang sepatutnya?
Incoming Search Items:
No comments:
Post a Comment