Wednesday, June 8, 2011

Beli Saham Bank Rakyat


Sebelum ni, saya pernah menanyakan tentang saham Bank Rakyat ni memandangkan keluarga saya telah sempat menjadi ahli dan mempunyai saham tersebut sebelum ni. Namun, malangnya pada ketika itu, Bank Rakyat tidak membuka peluang kepada umum untuk membeli sahamnya. 

Baru-baru ni, Bank Negara Malaysia telah meluluskan Bank Rakyat untuk menambah modal syernya pada bulan Mac 2011. Oleh itu, apa tindakan Bank Rakyat ialah mereka telah membuka Saham Baru bernilai RM 1 billion kepada umum.

Walau bagaimanapun, jumlah yang dibenarkan adalah sebanyak RM500 sahaja. Ini adalah kerana Bank Rakyat ingin menarik seramai mana pelanggan baru yang sebelum ini menanti-nanti peluang menjadi ahli.


Saya rasa ramai yang mengetahui setakat ni Bank Rakyat memberi pulangan yang sangat baik @15% dividen setahun kepada ahli-ahlinya.

Alhamdulillah. Minggu lepas, saya baru berkesempatan untuk menjadi salah seorang pelanggan baru Bank Rakyat. Syaratnya sangat mudah.  Antaranya: 

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bumiputera beragama Islam dan bukan Islam
  • Bukan Bumiputera beragama Islam
  • Tidak muflis
 Pelanggan perlu hadir sendiri ke cawangan Bank Rakyat untuk mengisi borang yang telah disediakan dan pembayaran dibuat terus ke cawangan secara tunai. Jangan lupa bawa salinan kad pengenalan dan juga kad pengenalan yang asal.






Untuk maklumat lanjut, hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-88-12265 or facebook @Bank Rakyat. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...