Monday, December 20, 2010

Resepi Pancake




Pancake / Lempeng Apam

Kelmarin 18 Disember 2010 merupakan hari keluarga anak-anak Saleh di Batu Pahat. Jadi macam-macam menu makanan dirancang untuk memenuhi bukan setakat keperluan tapi juga kemahuan tekak dan perut anak-anak dan cucu-cucu Haji Saleh. Antaranya sajian tradisi iaitu lempeng apam atau orang putih panggil pancake. Lempeng apam ni boleh disajikan bersama madu atau pun sos coklat yang sangat lazat. Pasti dapat membangkitkan selera anak-anak yang kurang nak makan. Hehe.

Masa berada di kampung ni la saya berpeluang belajar menyediakan lempeng apam resepi Mak Alus ni. Di bawah ni saya kongsikan resepi rahsia lempeng apam untuk sesiapa sahaja yang nak mencuba . Juga untuk simpanan saya. Takut-takut saya pulak yang terlupa. Hehe. Jom kita cuba. Ianya sangat mudah tau!

Bahan-bahan:
1. Tepung gandum 1 kg
2. Ibu roti  1 bungkus
3. Susu pekat 3-4 sudu
4. Gula 2 cawan
5. Sedikit margerin (untuk menggoreng)

Cara:
1. Bancuh semua bahan tadi dengan air
2. Tepuk bancuhan tadi hingga tepung rasa ringan (^_^)
3. Biarkan sehingga bancuhan naik (kira-kira 1 jam)
4. Goreng dengan sedikit margerin dan menggunakan kuali leper (bentuk ikut citarasa sendiri)
5. Hidang dengan madu atau sos coklat

Selamat Mencuba!

Incoming search terms:

Lempeng Apam | Resepi Pancake | Pancake 

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...