Sumber gambar: Utusan Malaysia Online |
Alhamdulillah, Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.50 sen seunit dan juga bonus 1.25 sen kepada 7.04 juta pemegang unit sahamnya. Ini bermakna kenaikan sebanyak 0.20 sen bagi setiap unit, berbanding dividen sebanyak 7.30 sen seunit yang diberikan tahun lalu.
Kalau kita lihat dan kaji melalui dividen-dividen dan bonus yang diterima pemegang saham setiap tahun, prestasi Amanah Saham Bumiputera ni agak sederhana dan mendatar. Sebab apa saya kata begitu? Ini kerana apa yang saya lihat melalui sejarah prestasi ASB dari tahun 1993 agihan dividen dan bonus jauh lebih tinggi daripada yang diumumkan beberapa tahun kebelakangan ini.
Hakikatnya, pengagihan ini juga perlu mengambil kira isu kegawatan ekonomi. Menurut pakar ekonomi, setiap 10 tahun akan berlaku kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Pada ketika ini, semua pelaburan akan mengalami satu tempoh pergerakan ekonomi yang lembab. Semua harga saham akan jatuh termasuk dividen dan bonus semua unit-unit Amanah. Namun ekonomi dunia akan mulai pulih 2 - 3 tahun berikutnya. Cuma apa yang saya rasa agak kecewa bila mana pemulihan ini tidak berjaya melonjakkan prestasi agihan dividen dan bonus Unit Amanah Saham Bumitera ini. Apakah kerana pengagihannya tidak bersandarkan prestasi keuntungan yang diperolehi oleh unit amanah itu sendiri?
Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berdasarkan prestasi baik yang dicapai oleh skim itu, PNB sebenarnya boleh membayar sebanyak 11.4 sen bagi agihan pendapatan ASB. Bagaimanapun, Lembaga Pengarah PNB memutuskan untuk membayar 7.50 sen.
Apakah agenda disebalik setiap kelembapan pergerakan ekonomi di Malaysia, rakyat tetap tidak tahu.
Incoming search terms:
Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berdasarkan prestasi baik yang dicapai oleh skim itu, PNB sebenarnya boleh membayar sebanyak 11.4 sen bagi agihan pendapatan ASB. Bagaimanapun, Lembaga Pengarah PNB memutuskan untuk membayar 7.50 sen.
Apakah agenda disebalik setiap kelembapan pergerakan ekonomi di Malaysia, rakyat tetap tidak tahu.
Sejarah Prestasi ASB – Dividen dan Bonus
Tahun | Dividen | Bonus | Jumlah |
2009 | 7.30% | 1.25% | 8.55% |
2008 | 7.00% | 1.75% | 8.75% |
2007 | 8.00% | 1.00% | 9.00% |
2006 | 7.30% | 1.25% | 8.55% |
2005 | 7.25% | 2.00% | 9.25% |
2004 | 7.25% | 2.00% | 9.25% |
2003 | 7.25% | 2.00% | 9.25% |
2002 | 7.00% | 2.00% | 9.00% |
2001 | 7.00% | 3.00% | 10.00% |
2000 | 9.75% | 2.00% | 11.75% |
1999 | 10.50% | 1.50% | 12.00% |
1998 | 8.00% | 2.50% | 10.50% |
1997 | 10.25% | 1.25% | 11.50% |
1996 | 10.25% | 3.00% | 13.25% |
1995 | 10.00% | 3.00% | 13.50% |
1994 | 9.00% | 4.50% | 13.50% |
1993 | 9.00% | 4.50% | 13.50% |
Sumber: http://www.takafulmalaysia.net
Incoming search terms:
- ASB
- Amanah Saham Bumiputera
- Agihan Dividen dan Bonus
No comments:
Post a Comment