Monday, December 6, 2010

Saya sedang terujakan sesuatu !

Bermula dengan hobi saya yang suka melayari internet tanpa arah tujuan. Habis berfacebook, download cerita-cerita dan bermacam-macam lagi pages yang saya buka termasuk blog-blog yang saya sendiri tak kenal ntah siapa pemiliknya. Tapi satu hari, bila mana saya sedang mendownload drama cerita chinta TV3 ..kalau tak silap la, saya terpandang satu entri ni yang menyatakan tentang iklan Nuffnang. Terus mata saya tak berkelip membaca satu persatu patah perkataan dalam entri tu. Daripada situ lah, minat saya untuk menghasilkan lagi satu blog peribadi saya muncul.

Mula-mula saya cuba untuk berubah angin. Saya cuba untuk beralih kepada Wordpress. Tapi apabila saya cuba untuk memasukkan code iklan Nuffnang saya, baru saya tahu rupanya free version Wordpress tiada menyediakan tempat untuk meletakkan iklan. Rata-rata blogger mempunyai domain sendiri untuk meletakkan iklan mereka walaupun mereka tetap menggunakan fail-fail yang disediakan oleh Wordpress. Kalau tak percaya, silalah tengok di bawah ni. Heheh.

Boleh klik pada gambar kalau tak nampak =)



Disebabkan itulah, maka saya dengan paksa rela diri saya untuk kembali setia kepada blogspot ni. So, doakan saya untuk terus setia beristiqomah dalam usaha untuk membuktikan bahawa kerja-kerja saya selama ini tidak sia-sia. Insyaallah. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...