Wednesday, December 21, 2011

Tentang Dhia | Free Download

TENTANG DHIA (TV3)
Slot: Akasia,
Mula Tayangan: 9 november 2011
Masa Tayangan: 7.00malam.
Hari Tayangan: setiap hari Isnin hingga Khamis.
Pelakon:Tasha Shilla, Izreen Azminda, Adi Putra, Nora Danish, Irfan Roslan, Ako Mustafa
Episod 26 Episod
Manggantikan drama: SOFFIYA (1 - 28 TAMAT)



DOWNLOAD DRAMA TENTANG DHIA
Tentang Dhia Episod 01 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 02 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 03 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 04 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 05 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 06 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 07 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 08 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 09 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 10 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 11 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 12 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 13 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 14 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 15 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 16 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 17 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 18 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 19 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 20 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 21 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 22 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 23 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 24 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 25 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 26 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 27 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 28 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 29 = DOWNLOAD
Tentang Dhia Episod 30 (TAMAT) = DOWNLOAD

Kredit: kepalabergetar



SINOPSIS TENTANG DHIA
Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.



Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.



“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.



Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?

Sunday, December 11, 2011

Mengenali Dajjal

“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:

 “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir.

Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan  sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya:

“Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakana kepada orang ramai:

“Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya:

“Siapa Tuhanmu?”

Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab:

“Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi:

“Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dantanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu disatu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipudaya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda:
“Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:

“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya:

“Mengapa menangis?”

Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”

Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?”

Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?”

Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Tarikh tepat kejadian hari kiamat tidak dapat ditentukan oleh sesiapa kerana ia termasuk dalam `ilm al-ghaib yang tersembunyi daripada manusia. Tiada siapa mampu mengusahakan ilmu ini, sekalipun dia seorang nabi atau rasul utusan Allah. Namun tiada siapa pula yang menafikan bahawa kiamat hampir tiba waktunya.

Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabir menyatakan: Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi. (Hadis riwayat Bukhari dalam kitab al-Tafsir 8/530 Muslim dalam kitab al-Fitan, bilangan 2950).

Antara tanda-tanda besar kiamat ialah terbitnya matahari waktu pagi dari arah barat, munculnya Ya'juj dan Ma'juj, turun Nabi Isa a.s., keluar haiwan ganjil dari perut bumi, muncul Dajjal dan lain-lain. Kemunculan Dajjal dianggap antara tiga manusia yang ditunggu-tunggu sebelum kejadian kiamat, disamping Nabi Isa dan Imam Mahdi. Kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal perlu diteliti dengan tenang kerana sekian ramai individu yang mengaku dirinya Mahdi, bahkan tidak kurang juga individu yang didakwa sebagai Dajjal, kerana tabiatnya yang suka berdusta dan menipu. Banyak hadis membicarakan kemunculan Dajjal sebagai salah satu antara tanda-tanda kiamat.

Ada hadis yang disifatkan sebagai sahih dan ada yang tidak sahih, tetapi keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa Dajjal bukan sesuatu yang dongeng atau tidak berasas. Kewujudan riwayat berhubung Dajjal daripada pelbagai sumber menunjukkan ia adalah suatu hakikat, bukan cerita dongeng. Hadis yang paling sahih tentang kemunculan Dajjal ialah hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. selalu memohon doa agar Allah melindunginya daripada fitnah Dajjal.

Doa dalam bahasa Arab itu membawa maksud: Ya Allah! Aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahanam, aku mohon berlindung kepadamu dari azab kubur, aku mohon berlindung kepadamu dari ujian hidup dan mati dan aku mohon berlindung kepadamu dari fitnah Dajjal.

Berpandukan riwayat ini, Ibn Hazm al-Zahiri memutuskan, doa di atas wajib dibaca selepas membaca tasyahhud akhir. Sesiapa yang tidak membaca, maka tidak sah solatnya (al-Muhalla 3/277).

Ini bermakna, sesiapa yang tidak membaca doa ini dalam tasyahhudnya, nescaya batal solatnya.
Tawwus Ibn Kaisan, seorang ulama khas terkemuka, menyuruh anaknya mengulangi solat apabila didapati anaknya tidak membaca doa itu. Justeru pentingnya doa agar dilindungi kita daripada fitnah Dajjal, maka seorang ulama besar, Abdul Rahman al-Muharibi menyarankan agar guru-guru kelas tadika mengajar doa itu kepada murid-murid mereka.

Al-Safarini juga menyatakan, orang berilmu perlu mengajar doa ini kepada anak-anak, isteri dan keluarganya, bahkan kaum lelaki juga hendaklah membaca, kerana akhir-akhir ini ramai Dajjal yang suka menipu dan menyebarkan fitnah.

Tetapi siapakah Dajjal itu?
Tiada kata putus menyatakan Dajjal itu siapa. Mungkinkah ia makhluk jin atau manusia, atau bukan jin dan bukan manusia? Saya perturunkan di sini beberapa riwayat dan pendapat yang menyatakan individu itu. Antaranya:

1. Dajjal ialah syaitan dari keturunan iblis. Ia kini dipenjarakan di sebuah pulau di negeri Yemen. Tidak diketahui siapakah memenjarakannya, mungkin Nabi Sulaiman atau lain-lain nabi pada suatu ketika dahulu.

Diriwayatkan, mata rantai yang mengikat Dajjal ini terputus satu mata pada setiap tahun. Apabila tiba waktu kemunculannya, semua mata rantai itupun terungkai dan tidak dapat disambung lagi. Sumber-sumber lain pula menyatakan, Dajjal adalah anak kacukan yang dilahirkan daripada ibunya jin dan bapanya manusia.

Sebagai kesimpulan, Dajjal ialah syaitan yang akan lahir pada akhir zaman. Syaitan Dajjal ini mungkin keturunan jin atau manusia, bahkan mungkin makhluk kacukan antara jin dan manusia. Pada suatu hari nanti, ia akan dibebaskan daripada penjara dan tiba-tiba muncul di kalangan manusia. Pendapat ini diperkukuhkan juga dengan suatu peristiwa yang berlaku kepada Tamim Ibn Aus al-Dari yang menceritakan tentang peristiwa al-Masih al-Dajjal, katanya:

Pada suatu hari, aku menaiki sebuah sampan bersama 30 orang penumpang lelaki dari suku Lakham dan Juzam, tiba-tiba kami dipukul ribut, lalu hanyut dan memaksa kami mendarat di sebuah pulau pada waktu matahari hampir terbenam. Kami menemui suatu lembaga berbulu tebal sehingga tidak dapat dibezakan antara kemaluan hadapan dan belakangnya. Kami bertanya kepada lembaga itu:

Siapa kamu?
Jawabnya: saya ialah al-Jassasah.

Kami kebingungan dengan jawapan itu, lalu kami bertanya lagi:
Siapa al-Jassasah itu?

jawabnya: Jika kamu semua ingin tahu ceritanya, pergilah berjumpa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kecil dipulau ini. Lalu kami dengan segera menemui lelaki itu, kami dapati ia seorang manusia yang besar badannya, tangannya sedang dipasung ke lehernya. Pengulas-pengulas hadis menyatakan, kemungkinan lelaki ini ialah Dajjal yang dikatakan sedang dipenjara di sebuah pulau di Yemen.

Saya berpendapat, setakat ini belum kedengaran penjara ini ditemui manusia, walaupun pulau-pulau yang ada hari ini telahpun diterokai manusia dan dijadikan pusat-pusat peranginan bagi pelancong luar dan dalam negara. Kiranya benar wujud lelaki yang dipenjara itu, nescaya pasti ada orang yangmengetahuinya.

2. Ada pula riwayat menyatakan Dajjal itu ialah Saf Ibn Sayyad. Beliau dilahirkan di Madinah pada zaman awal Islam, ibu dan bapanya keturunan Yahudi. Beliau memiliki sifat-sifat yang disebut dalam hadis iaitu sebelah matanya buta, pendusta dan tertulis perkataan kafir di antara dua matanya. Hadis riwayat Muslim menyatakan, pada suatu hari nabi bersama-sama Umar Ibn al-Khattab berjalan-jalan di pinggir Madinah, tiba-tiba mereka ternampak seorang budak remaja sedang bermain dengan kanak-kanak dalam sebuah bangunan kepunyaan Bani Maghalah.

Kedatangan Rasulullah tidak disedari oleh budak itu hingga baginda menepuk belakangnya dan bertanya: Setujukah kamu mempercayai aku ialah Rasulullah. Jawabnya:
Aku setuju menyaksi bahawa kamu rasul orang ummi (buta huruf), ia kemudian bertanya nabi:

Kamu pula bagaimana: Setujukah mempercayai aku sebagai Rasulullah?

Lalu nabi menolak pertanyaannya sambil bersabda:
Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

Kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. ramai yang menyatakan Ibn Sayyad yang ditemui nabi itu ialah Dajjal besar. Antara mereka ialah Umar Ibn al-Khattab, Abdullah Ibn Umar, Ibn Mas'ud dan lain-lain.

Jika benar Saf Ibn Sayyad itu Dajjal agung yang bakal muncul pada akhir zaman atau sebelum kiamat, maka kemungkinan ia juga jin kerana Ibn Sayyad dilahirkan pada zaman awal Islam dan akan muncul pada akhir zaman. Umur sepanjang itu biasa wujud pada makhluk jin, tidak pada manusia.

3. Beberapa tahun yang lalu, saya pernah membaca sebuah buku tulisan Ustaz Amaluddin Darus. Beliau adalah seorang aktivis politik Islam dalam tahun 60-an. Beliau berpendapat Dajjal ialah kuasa-kuasa besar dunia, iaitu Rusia dan Amerika pada waktu itu. Tetapi sayang buku itu hilang daripada simpanan perpustakaan peribadi saya untuk dibaca semula hujah dan alasan yang diberinya. Saya sangat berbahagia jika ada pembaca yang memiliki buku itu sudi mengirimkan kepada saya satu naskhah atau salinan fotostat untuk dikaji semula pemikiran yang bernilai emas itu. Perkongsian pembaca untuk mendapatkan buku itu amat dihargai.boleh emailkan kepada saya di sini

Sesungguhnya pendapat Ustaz Amaluddin itu ada kebenaran dan nilai ilmiahnya, bahkan wajar dikutip penyelidik untuk dikaji semula. Saya berpendapat, jika Amaluddin berpendapat begitu, maka pemikiran beliau dapat diperkukuhkan lagi dengan alasan-alasan berikut:

Pertama: Dajjal yang dimaksudkan itu bukan individu tertentu, sama ada jin atau manusia atau makhluk kacukan antara jin dan manusia. Dajjal pemusnah manusia dalam bentuk kuasa ketenteraan atau disebut juga keganasan. Tetapi istilah keganasan ini telah dikelirukan oleh Dajjal sendiri, apabila pengganas menamakan orang lain sebagai pengganas bagi tujuan menyembunyikan dirinya yang merupakan pengganas sebenar.

Kedua: Alamat Dajjal disebutkan dalam hadis sebagai buta sebelah mata. Maksudnya tidak dapat menilai sesuatu dengan adil dan saksama. Memangpun kuasa-kuasa besar di dunia hari ini disifatkan sebagai buta atau sengaja membutakan sebelah matanya, iaitu apabila mereka tidak dapat melihat dengan adil isu-isu Palestin, Kashmir dan lain-lain. Mereka mempunyai kayu pengukur yang berbagai-bagai apabila bercakap tentang hak-hak manusia. Mereka menindas sesiapa juga yang mereka benci dan membela sesiapa yang mereka suka. Sifat ini lebih sesuai dengan orang yang hanya mampu melihat dengansebelah mata.

Ketiga: Makna yang diketengahkan oleh Ustaz Amaluddin itu lebih merupakan makna majazi (simbolik) bukan hakiki. Penggunaan makna secara simbolik tidak menyalahi kaedah bahasa, kerana makna hakiki yang diketengahkan itupun masih jauh dan banyak yang diperselisihkan. Ini sama juga dengan istilah Nabi Khidir yang dikatakan wali dan masih hidup hingga kini. Apakah Khidir itu individu tertentu atau ia merupakan simbol bagi martabat wali yang silih berganti? Kedua-duanya ada dalil dan ada hujah masing-masing
 
 
Sumber : http://mqtkahlulbait.blogspot.com

LOKASI DAJJAL DIBURU DAN DIBUNUH

Dari Abdullah Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda “Ketika saya sedang tidur, saya bermimpi melakukan tawaf di Kaabah, lalu ada seorang berambut lebat yang meneteskan air dari kepalanya, lalu aku tanyakan siapakah ini, mereka menjawab, ”Ibnu Maryam as”, kemudian aku berpaling dan melihat seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta sebelah, dan matanya itu seperti buah anggur yang masak (tak bersinar). Mereka mengatakan, ”Ini Dajjal”. Dia adalah orang yang paling mirip dengan Ibnu Qathn, seorang laki-laki dari Khuza’ah.” [HR al-Bukhari, dan Muslim].

Dari Anas, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, Dajjal itu matanya terhapus (buta), tertulis di antara kedua matanya kafir, kemudian beliau mengejanya, kafir yang boleh dibaca oleh setiap orang muslim dan di antara kedua matanya terdapat tulisan “kafir”
(HR Muslim)

Pada hadis pertama di atas menyebutkan beberapa ciri fizikal dajjal, iaitu postur tubuhnya gemuk, kulitnya kemerah-merahan, sebelah matanya buta, matanya seperti buah anggur yang masak. Dan pada hadis kedua disebutkan ciri yang lain, iaitu tertulis huruf kafir di antara kedua matanya. Tanda itu boleh difahami oleh setiap muslim baik yang boleh membaca maupun yang buta huruf.



Baitulmaqdis

Ummu Syuraik bertanya kepada Rasulullah tentang hari dajjal : "Ya Rasulullah ke mana orang-orang Arab ketika itu?". Rasulullah menjawab "Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitulmaqdis menjumpai Imam (Imam Mahdi) mereka. Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimamkan solat subuh, tiba-tiba datang Isa Bin Maryam. Imam itu mahu mundur untuk memberi peluang kepada Isa, tetapi Isa sambil memegang bahu Imam itu berkata : "Teruskanlah, sesungguhnya Iqamat dibacakan untuk engkau". Maka sembahyanglah mereka semua dibelakang Imam tadi. Selesai solat, Isa A.S. berkata kepada semua jemaah : "Bukakan pintu itu". Mereka membuka pintu Masjid itu, tiba-tiba Dajjal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 orang Yahudi lengkap bersenjata. Melihat Isa A.S. ada di dalam masjid itu, Dajjal tiba-tiba sahaja cair seperti cairnya garam disirami air. Dajjal lari kerana ketakutan Isa terus sahaja mengejarnya kemudian menjumpai di Babu Luddi dan di situlah Isa A.S. membunuhnya. Orang-orang Yahudi cuba melarikan diri dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan berkata-kata dengan izin Allah. Benda-benda dimaksudkan termasuklah dinding, batu, pokok, kayu dan termasuk juga sepohon pokok berduri (disebut pokok Yahudi).

"Tempat ini adalah tempat di mana Nabi Isa akan membunuh Dajjal. Ia terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi. Anak Maryam (Isa) akan membunuh Dajjal di pintu Lod "


Pintu masuk ke kota Lod. Tempat Dajjal akan dibunuh. Jauh tempat ini dari Jeruselem lebih kurang 45 km

Kawasan berbukit yang subur di kota Lod, kota yang berumur 2000 tahun


Lod (Bahasa Ibrani: לוֹד‎; Arab: اَÙ„ْÙ„ُدّْ‎, al-Ludd; Greco-Latin Lydda), juga dieja dan disebut Ludd, ialah sebuah bandar diDaerah Tengah, Israel, sekitar 20 kilometer di tenggara Tel Aviv dan 3 kilometer utara Ramallah. Pada akhir tahun 2007, kota ini berpenduduk 67,000 orang, di mana 80% daripadanya adalah dari kaum Yahudi, manakala 20% lagi dari umat Arab Palestin berikutan projek perluasaan tapak penempatan haram Yahudi.
Nama lama kota ini, selama ribuan tahun, ialah Lydda, Lydea dan Al-Lydd, dan kota ini juga terkenal dengan nama Diospolis. Dalam Injil 1 Tawarikh 8 disebutkan bahawa kota ini menjadi tempat tinggal bagi Suku Bunyamin (anak kepada Nabi Yaakub a.s. dan adik kepada Nabi Yusuf a.s.). Kononnya, di tempat inilah Santo Peter menyembuhkan seseorang yang mengalami penyakit lumpuh, seperti yang disebutkan dalam Kisah Para Rasul 9: 32-38.
Di kota ini ada sebuah gereja yang dikenali sebagai: Gereja Santo Georgius dan sebuah Masjid yakni: Masjid El-Chodr. Bahagian tempat peribadatan itu membentuk kompleks bangunan, gereja dan masjid itu juga memiliki pintu masuk yang unik.
Kota ini dikenali kerana mempunyai sistem Bandar Antarabangsa yang mempunyai banyak persamaan dengan Bandar Tel Aviv yakni Bandar Ben Gurion. Setakat ini telah adanya jalan raya dan jalur KA yang menghubungkan kota ini dengan Tel Aviv.
Lapangan terbang utama Israel, Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion (dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Lydda, RAF Lydda, dan Lapangan Terbang Lod) terletak di bandar ini. Mengikut perspektif Islam pula, di pagar/tembok Kota Lod inilah akan terjadinya pembunuhan Dajal oleh Nabi Isa a.s..

* Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas





Hadeeths Relating to the Second Advent of Jesus Son of Mary (pbuh):
  1. "I swear by Him in Whose hand is my soul: the son of Mary shall descend among you as a just ruler. Then he will break the Cross, and kill the swine and put an end to war (in another Tradition, there is the word Jizyah(tax) instead of war, meaning that he will abolish of jizyah); then there will be such abundance of wealth that nobody will like to accept it, and(conditions will be such that) performing of one sajdah (prostration) before Allah will be considered better than the world and what it contains." (Bukhari and Muslim).
  2. "Jesus son of Mary shall descend; then he will kill the swine and destroy the Cross; and a congregation will be held for him for the Prayer; and he will distribute so much wealth that people will be satiated with it; and he will abolish the tribute; and he will encamp at Rauha', B and from there will go to perform Hajj or 'Umrah, or both." (Muslim).
  3. The Holy Prophet (after making mention of the appearance of the Dajjal) said: "In the meantime, When the Muslims will be making preparations to fight him, will be lining up (for the Prayer) and the lqamah will have been pronounced, Jesus son of Mary shall descend and lead them in the Prayer; and the enemy of Allah(Dajjal i.e. the Antichrist) on seeing him shall start dissolving like salt in water. If Jesus were to leave him alone, he would melt to death anyway, but Allah will have him killed at his hand, and he will show his blood on his spear to the Muslims." (Muslim).
  4. "There is no prophet between me and him (i.e. Jesus Christ), and he shall descend. So, recognize him when you see him. He is a man of medium height, of ruddy and fair complexion; he will be dressed in two yellow garments; the hair of his head will appear as though water was going to trickle down from it, whereas it will not be wet. He will fight people in the cause of Islam, will break the Cross and kill the swine and will abolish jizyah; and Allah will put an end to all communities in his time except Islam; and he will slay the Antichrist (Dajjal);and he will stay in the world for 40 years; then will die and the Muslims will offer the funeral Prayer for him." (Abu Da'ud and Ahmad).
  5. "... then Jesus son of Mary will descend. The leader of the Muslims will say to him, 'Come, lead us in the Prayer', but he will say, 'No: you yourselves are leaders over one another." This he will say in view of the honour that Allah has bestowed on this Community." (Muslim and Ahmad).
  6. The Holy Prophet (while relating the story of the Dajjal) said: "At that time suddenly Jesus son of Mary (on whom be peace)shall appear among the Muslims. Then the people will stand up for the Prayer, and he will be asked, 'Step forward, 0h Spirit of Allah (and lead us in the Prayer); but he will say, 'No: your own leader should step forward and lead the Prayer.' Then, after offering the Morning Prayer, the Muslims shall go forth to fight the Dajjal.' He said, 'When the liar will see Jesus, he will start dissolving like the salt in water. Then Jesus will advance towards him and will slay him; and it will so happen that the trees and the stones will cry out: '0h Spirit of Allah, here is a Jew hiding behind me.' None will be left from among the followers of the Dajjal, whom he (i.e. Jesus) will not kill." (Ahmad).
  7. "In the mean time when the Dajjal will be busy doing this and this, Allah will send down Messiah son of Mary, and he will descend in the eastern part of Damascus, near the white minaret (tower), dressed in the two yellow garments, with his hands resting on the arms of two angels. When he will bend down his head, water drops will appear trickling down, and when he will raise it, it will appear as though pearl--like drops are rolling down. Any disbeliever whom the air of his breath reaches--and it will reach up to the last limit of his sight will fall dead. Then the son of Mary will go in pursuit of the Dajjal, and will overtake him at the gate of Lod, D and will kill him." (Muslim, Abu Da'ud: Kitab, Tirmidhi, Ibn Majah).
  8. "The Daijal will appear in my Ummah (nation), and will live for forty (I do not know whether he said 40 days, or 40 months or 40 years). Then Allah will send Jesus son of Mary. He will closely resemble 'Urwah Bin Mas'ud (a Companion). He will pursue him and kill him. Then for seven years the people will live in such a state that no ill-will and enmity will exist between any two of them." (Muslim).
  9. Then in the morning Jesus son of Mary will join the Muslims, and Allah will cause the Dajjal and his hosts to be routed, until the walls and the roots of the trees will call 'out: "0h believer, here is a disbeliever hidden behind me: come and kill him." (Ahmad, Hakem).
  10. Then Jesus (on whom be peace) will descend, and Allah will cause the Dajjal to be killed near the mountain pass of Afiq. E(Ahmad).
  11. Exactly at the time when the Imam of the Muslims will have stepped forward to lead them in the Morning Prayer, Jesus son of Mary shall descend upon them. The Imam will step back so that Jesus may step forward (to lead the Prayer), but Jesus, placing his hand between his two shoulders, will say, "No, you should lead, for the congregation has assembled to follow you. So, the Imam will lead the Prayer. After the salutation, Jesus will say, "Open the gate;" so the gate will be opened. Outside there will be the Dajjal along with 70,000 of the armed Jews. As soon as he will look at Jesus (upon whom be peace) he will start melting like the salt in water, and will flee. Jesus will say, "I shall strike you a blow which will not let you live." And he will overtake him at the eastern gate of Lod, and Allah will cause the Jews to be defeated.... And the earth will be so filled with the Muslims as a vessel is filled with water. The entire world shall recite and follow one and the same Kalimah(word) and none shall be worshipped except Allah." (Ibn Majah).
  12. The Dajjal would be followed by seventy thousand Jews of Isfahan (in Iran) wearing Persian shawls.
  13. How will you be when the Son of Mary (i.e. Jesus) descends amongst you and he will judge people by the law of the Quran and not by the law of Gospel. (Bukhari)
  14. By Him in Whose Hand is my life, Ibn Maryam (Jesus Christ) would certainly pronounce Talbiyah for Hajj or for Umrah or for both (simultaneously as a Qarin) in the valley of Rawha.(Muslim)
  15. Narrated Umm Sharik: I heard Allah's Messenger (peace_be_upon_him) said: The people would run away from the Dajjal seeking shelter in the mountains. She said: Where would be the Arabs then on the day? He said: They would be small in number.
  16. The Last Hour would not come unless the Muslims will fight against the Jews and the Muslims would kill them until the Jews would hide themselves behind a stone or a tree and a stone or a tree would say: Muslim, or the servant of Allah, there is a Jew behind me; come and kill him; but the tree Gharqad would not say, for it is the tree of the Jews.
NOTE
B A place at a distance of 35 miles from Madinah.
D Lod (Lydda) is situated 13 miles south-east of Tel-Aviv, Capital of Israel, and is the most important airport of the country.
E Afiq (mod. Fiq) is the last Syrian city on the border between Syria and Israel. A little further on towards west at a few miles is the Lake Tiberias (Sea of Galilea), the source of River Jordan. Towards the south-west in the mountains is a low pass, which descends about 2,000 feet to the point from where River Jordan comes out from Lake Tiberias. This same mountain path is called 'Aqabah Afiq the pass of Afiq'.


Dalam hadits Nawwas bin Sam’an yang panjang yang membicarakan kemunculan Dajjal dan turunnya Isa alaihissalam, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyik dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan zafaran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di syurga.” (Shahih Muslim, Kita Al-Fitan wa Asyrathis Sa’ah, Bab Dzikr Ad-Dajjal 18:67-68)
Aus bin Aus Ats-Tsaqafi meriwatkan bahwa Rasulullah shalallhu ‘alaihi wasallam bersabda, “‘Isa bin Maryam akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik.” (HR Thabrani)
Menurut Ibnu Katsir Nabi Isa akan turun disisi menara sebelah timur Masjid Jamik Umawi iaitu di sebelah timur Damaskus/Damsyik. Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir iaitu pada tahun 741 Hijrah. Pembiayaanya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnye telah membakar menara tersebut.
Hafiz Ibnu Katsir dalam an-Nihayah berkata, “Inilah pendapat yang lebih masyhur tentang tempat turunnya Isa, iaitu di menara putih di timur Damsyik. Dan saya telah melihat di sebagian buku bahwa Isa turun di menara putih sebelah timur Jami’ Damsyik. Mungkin inilah yang lebih valid dan bunyi riwayatnya, ‘Maka dia turun di atas menara putih yang ada di timur Damsyik’. Jadi rawi membuat redaksi sendiri sesuai dengan apa yang dia fahami. Dan di Damsyik tidak ada menara yang dikenali dengan menara timur kecuali menara yang berada di timur Jami’ Umawi dan inilah yang lebih cocok dan lebih sesuai kerana Isa turun pada saat didirikannya shalat…” (An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim I/192)

Menurut Sami bin Abdullah Al-Maghluts pula dalam bukunya Athlas Tarikh al-Anbiya’ wa ar-rosul (atlas sejarah nabi dan rosul) ada dua buah menara yang sangat mirip sebagaimana disebutkan dalam hadist di atas. Kedua menara itu adalah menara Masjid al-Umawi (Umayyah) yang di bangun oleh al-Walid bin Abdul Malik (lihat atlas hadist karya Syauqi Abu Khalil) dan menara tembok damaskus. Kedua tempat tersebut memiliki kemiripan yang diduga disana lah Isa AS akan turun.



Sifat Dan Rupa Nabi Isa Alaihissalam
Adapun sifat-sifatnya maka Nabi kita saw telah menyatakan bahawa Isa adalah laki-laki berperawakan sedang tidak tinggi tidak pendek, berwajah bulat, berkulit kemerah-merahan, berdada lapang, orang yang paling mirip dengannya adalah Urwah bin Mas’ud ast-Tsaqafi.
Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Antara diriku dengan Isa tidak ada nabi, dan sesungguhnya dia pasti turun. Jika kalian melihatnya maka kenalilah dia. Sesungguhnya dia berperawakan sedang, putih kemerah-merahan, dia turun di antara dua potong baju berwarna kekuning-kuningan, kepalanya seolah-olah menetes walaupun tidak basah, dia memerangi manusia di atas Islam, lalu dia mematahkan salib, membunuh babi dan menghapus jizyah. Pada masanya Allah menghancurkan semua agama kecuali Islam, dia membunuh al-Masih ad-Dajjal kemudian tinggal di bumi selama 40 tahun kemudian wafat dan kaum muslimin menshalatkannya.” (HR. Abu Dawud, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)
Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, “Pada malam Isra’…. Dan saya bertemu dengan Isa. Lalu Nabi saw menjelaskan ciri-cirinya, ‘Orangnya sedang, kulitnya kemerah-merahan, seolah-olah dia habis mandi, saya melihatnya…’.” (HR. al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda, “Saya bertemu dengan para nabi, ternyata Musa…. Saya melihat Isa bin Maryam, ternyata orang yang paling mirip dengannya adalah Urwah bin Mas’ud….” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Abbas Rasulullah saw menceritakan malam Isra’nya, beliau bersabda, “Saya melihat Isa berperawakan sedang kemerah-merahan berambut lurus….” (HR. al-Bukhari dan Muslim)




WALLAHUA'LAM
Sumber: http://mqtkahlulbait.blogspot.com

Gerhana bulan

10 Disember 2011

Segala puji bagi Allah yang menjadikan makhluk semesta alam.

Penduduk di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini.

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.

Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini.

Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

Sumber: http://bm.harakahdaily.net

Nota Kaki :
1.MasyaAllah... Indahnya ciptaanMu Ya Allah. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.


2.Solat gerhana sebagai tanda menginsafi kejadianMu. Juga memohon segala urusan hidup berjalan dengan baik-baik saja. Semoga gerhana di hati sesiapa saja akan turut berlalu dengan sempurna dan pengakhiran cerita mengikut acuan yang telah direncanakan. Amin Ya Rabb.

Hospital terbakar, 89 terbunuh

Berkumpul di luar Hospital Amri yang terbakar di Kolkata, India semalam.

KOLKATA, India - Sejumlah 89 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital swasta di sini, kata beberapa pegawai semalam.
Mereka memberitahu, kakitangan perubatan bertempiaran lari menyelamatkan diri dan meninggalkan pesakit mereka dalam kebakaran besar itu.
Polis menangkap enam pegawai hospital atas dakwaan cuai hingga menyebabkan kematian pesakit mereka.
Pihak pengurusan hospital berkenaan bagaimanapun menafikan berlaku sebarang pelanggaran langkah keselamatan dalam tragedi tersebut.
"Adalah menakutkan untuk melihat pihak berkuasa hospital tidak melakukan usaha untuk menyelamatkan pesakit yang terperangkap," kata menteri kesihatan awam negeri Bengal Barat Subrata Mukherjee.
"Pegawai-pegawai kanan hospital terbabit bertempiaran lari selepas api mula merebak," tambahnya.
Ketika api sedang marak, petugas-petugas penyelamat yang menggunakan tangga bertindak memecahkan tingkap di tingkat atas Hospital Amri untuk mengeluarkan sejumlah pesakit yang terperangkap.
Pasukan petugas penyelamat membawa pesakit yang diselamatkan dengan menggunakan pengusung dan kerusi roda ke sebuah hospital berdekatan.
Seorang pesakit, Moon Moon Chakraborty yang dirawat kerana patah pergelangan kaki, menelefon suaminya, S. Chakraborty yang berada di rumah untuk memberitahu bahawa hospital itu terbakar.
"Dia meninggal dunia apabila saya tiba di hospital berkenaan," kata suaminya.
Pasukan penyelamat mengeluarkan 73 mayat dari bangunan hospital berkenaan dengan kebanyakan mangsa dipercayai maut kerana sesak nafas akibat terhidu asap tebal.
Seorang pegawai kanan polis di sini Danayati Sen memberitahu, seramai 16 lagi mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami.
Seorang saksi memberitahu, beberapa belas kereta bomba tiba di tempat kejadian lebih sejam selepas kebakaran berlaku.
Kebakaran itu tercetus sekitar pukul 3.30 pagi waktu tempatan di tingkat bawah tanah Hospital AMRI dengan asap tebal meliputi bangunan tersebut.
Punca kebakaran masih disiasat pihak berkuasa. - Agensi

Friday, December 2, 2011

Cara Buang Virus Shortcut part 2

Entri yang lepas saya ada berkongsi tentang cara nak buang Virus Shortcut. Kali ni, saya nak kongsi cara buang Virus Shortcut yang pernah saya guna sebelum ni.


Sama je konsepnya.
Virus ni cuma sembunyikan fail-fail kita dalam Flash Drive dan tukar kepada shortcut.
Kita masih boleh kembalikan fail-fail kita tu. Jangan panik. Hehe.

Langkah 1:
Pertama sekali, kalau flash atau external drive kita dijangkiti virus ni, jangan format. Kalau format, maknanya kita tak dapat la nak recover balik fail yang hilang tu.

Langkah 2:
Check kita punya Flash drive tu menunjukkan huruf apa.
Macam dalam gambar kat atas ni, Flash drive kita menunjukkan huruf K:

Langkah 3:
Klik pada “Start” –>Run–>taip“cmd” dan tekan butang OK.

Langkah 4:
Jika Flash drive kita huruf K: maka taip commad kat bawah ni kat dalam “cmd” tadi dan tekan “Enter

attrib -h -r -s /s /d k: *.* (Tengok kat screenshot ) 


Nota : Tukarkan huruf K: dengan huruf Flash drive kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...