Thursday, June 16, 2011

Sofaz – Sesuatu Yang Berbeza (OST Nora Elena)







Ada sesuatu yang berbeza,
Saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu
Satu keinginan terpendam di hati

Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hati
Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini

Sunday, June 12, 2011

SOLAT ISTIKHARAH- bagaimana petunjuknya?

Petunjuk dari Allah kesan dari solat Istikharah merupakan satu yang sukar untuk kita tahu. Walaubagaimanapun ulama' telah membuat garis panduan berkaitan hal ini. insya Allah saya cuba nukilkan di sini setakat yang saya jumpa mengenainya.

Cara-caranya: 
Al Imam Nawawi menjelaskan syarat utama sebelum solat istikharah ialah minda kita hendaklah benar-benar bebas tanpa sebarang kecenderungan pendapat peribadi. Jika kita telah ada keputusan dan kecenderungan hati, lebih baik kita jangan berdiri melakukan solat istikharah. Maksudnya janganlah kita mengutamakan sesuatu yang sudah berat dalam jiwa kita sebelum solat. Solat hendaklah dilakukan dengan khusu', memilih waktu yang tenang dan sunyi, serta membaca do'a yang makthur yang diajar oleh Nabi saw dalam hadis Jabir dari riwayat Bukhari. 





Doa Solat Istikharah:


Tanda2 atau petunjuk:
AnNawawi menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnyanya. 

Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yang kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.

Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktur. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Ibn Qayyim di atas. Allahu a'alam

Nota Kaki:
1. Berikanlah ku petunjukMu, Ya Allah..
2. Jika ia adalah baik untukku, agamaku,kehidupanku dan akibatnya baik untukku, maka takdirkanlah ia untukku dan mudahkanlah. Dan jika engkau mengetahui bahwa perkara ini tidak baik untukku, agamaku dan akibatnya untukku, hindarkanlah perkara itu dariku, hindarkanlah aku darinya dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Friday, June 10, 2011

Nur Kasih | Drama TV3 | Free Download

Total 26 Episod

Wednesday, June 8, 2011

Beli Saham Bank Rakyat


Sebelum ni, saya pernah menanyakan tentang saham Bank Rakyat ni memandangkan keluarga saya telah sempat menjadi ahli dan mempunyai saham tersebut sebelum ni. Namun, malangnya pada ketika itu, Bank Rakyat tidak membuka peluang kepada umum untuk membeli sahamnya. 

Baru-baru ni, Bank Negara Malaysia telah meluluskan Bank Rakyat untuk menambah modal syernya pada bulan Mac 2011. Oleh itu, apa tindakan Bank Rakyat ialah mereka telah membuka Saham Baru bernilai RM 1 billion kepada umum.

Walau bagaimanapun, jumlah yang dibenarkan adalah sebanyak RM500 sahaja. Ini adalah kerana Bank Rakyat ingin menarik seramai mana pelanggan baru yang sebelum ini menanti-nanti peluang menjadi ahli.


Saya rasa ramai yang mengetahui setakat ni Bank Rakyat memberi pulangan yang sangat baik @15% dividen setahun kepada ahli-ahlinya.

Alhamdulillah. Minggu lepas, saya baru berkesempatan untuk menjadi salah seorang pelanggan baru Bank Rakyat. Syaratnya sangat mudah.  Antaranya: 

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bumiputera beragama Islam dan bukan Islam
  • Bukan Bumiputera beragama Islam
  • Tidak muflis
 Pelanggan perlu hadir sendiri ke cawangan Bank Rakyat untuk mengisi borang yang telah disediakan dan pembayaran dibuat terus ke cawangan secara tunai. Jangan lupa bawa salinan kad pengenalan dan juga kad pengenalan yang asal.






Untuk maklumat lanjut, hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-88-12265 or facebook @Bank Rakyat. 


Friday, June 3, 2011

Lirik Lagu Terhenti Di Sini - Asfan






Lirik Lagu Terhenti Di Sini - Asfan

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Thursday, June 2, 2011

Hakikat Pernikahan Sebenar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

-Jika hakikat pernikahanadalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI /PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka takada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Wednesday, June 1, 2011

Sempena 1 Jun Ini

Perlahan jari jemari mengetuk papan kekunci laptop berwarna merah hati. Sesekali merenung jendela di sebelah. Sunyi. Terasa bahangnya malam ini. Mahu hujan seperti hari semalam. Barang kali. Jam di laptop kecil ni menggambarkan malam sudah dinihari. Mujur esok masih bercuti. Cuma kerja-kerja masih belum diberesi. Tugas yang belum beres menyebabkan telefon berdering tanpa henti. Seolah dileteri pula. :-)

Menulis blog umpama bercerita dengan teman paling akrab. Tanpa segan. Tanpa ada apa yang perlu disorok. Tiada rahsia. Semua mampu dikongsi tanpa rasa dibatasi dengan perasaan. Barangkali malu. Mungkin juga tidak jujur. Tapi dengan teman ini semuanya ikhlas. Tiada hijab.

Sempena 1 Jun ini, saya lebih gemar meladeni teman akrab saya ini. Teman paling setia untuk mendengar segala rintihan hati. Tidak pernah mempersoalkan apatah lagi membentak setiap bicara yang terlontar.

Sempena 1 Jun ini juga, mengapa mesti ada rasa sayu di hati? Saya cuba mencari punca. Masih tidak ketahuan. Jiwa rasa ini berbolak-balik. Saya cuba buang jauh-jauh. Di saat ini, saya mula tercari-cari juzuk-juzuk kebahagiaan untuk episod perjalanan hidup saya yang mendatang. Mencari diri juga masih di dalam siri pelayaran saya di bumi Allah ini. Sungguh, dalam diam tiada malu saya untuk mengharapkan sinar hidayah yang bernilai syurga. Amin Ya Rabb.

Alhamdulillah. 1.6.2011..Hari ini adalah perubahan angka 0 kepada 1 pada umur saya. Apakah nombor ini akan membawa perubahan ke dalam keseluruhan hidup saya atau saya perlu hadapi kehidupan ini di takuk lama tanpa banyak soal. 

Apa yang pasti, terkadang kesabaran saya teruji. Sering kali perasaan saya berbolak-balik. Sama ada ingin terus mengayuh sampan menyusuri arus atau sebaliknya. Sungguh, saya cuma manusia biasa. Kadangkala terikut juga dengan bisikan-bisikan dan campur tangan 'makhluk' itu. Namun saya perlu sedar dan berpatah balik. Mujur masih ada berbaki iman.

Saya risau juga jika hati saya begitu tegar untuk melawan. Saya risau juga jika tembok kesabaran saya menjadi rapuh dan tidak betah lagi bertahan seperti dulu. Saya hanya mampu berdoa semoga saya dibekalkan dengan redha di hati. Dengan setiap ujian yang Allah beri. 

"Ya Allah, andai itu ketentuan untuk kami, redhakanlah hati-hati kami. Andai itu suratan untuk kami, permudahkanlah urusan-urusan kami. Sesungguhnya kami juga sangat memerlukan sesuatu kebaikan menurut pandangan-Mu"

Alhamdulillah. Syukur. Saya masih lagi mempunyai teman-teman yang mengingati saya. Terima kasih atas ingatan, ucapan bersama iringan doa kalian. Doakan saya bertambah tabah mengharungi setiap ujian hidup yang mendatang. Saya harap saya akan dapat lagi ucapan dan doa-doa sebegini dari kalian pada hari lahir saya tahun depan. ^_^

Nota kaki:
1. Selamat Menyambut Hari Lahir wahai haidaNi
2. Doakan saya semoga saya kekal tabah dan redha dalam apa jua ujian yang Allah beri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...