Tuesday, March 29, 2011

Sukakan Hati Bukan Sesuka Hati


Pagi yang hening bersama alunan merdu dari corong laptop marroon saya Nasyid Haddad Alwi - Satu Bintang. Mendamaikan. Perlahan jari saya menekan butang Fn+down memperlahankan sedikit alunan. Sesekali terasa dahaga, saya menghirup sedikit air milo panas yang tersedia di sebelah. Lega. Menghilangkan sedikit ketegangan.


Terkadang jiwa saya buntu bercelaru. Sesekali jiwa saya lesu terharu. Kekadang jiwa saya kosong kelabu. Jiwa rasa ini berbolak-balik. Umbang-ambingnya bagai dikocak arus air bersama deru angin. Hanya saya sahaja yang mampu mencernakan setiap terpaan rasa itu... hehe depresi apakah ini?

Sungguh. Beginilah menjadi seorang hamba yang melankolik. Dasyat bukan? InsyaAllah, virus melankolik saya ini belum ke tahap perlu berjumpa psychologist. Masih mampu dikawal. Masih tidak membebankan sesiapa. Saya hanya lakukan apa yang saya rasa dan suka dalam hidup saya. Atas nama kebaikan barangkali.

Sekarang ini mudah sahaja. Apa sahaja perkara yang menyesakkan diri, saya akan memilih jalan untuk berlalu pergi. Better i go first! Saya lebih gemar mendampingi kesukaan saya yang agak ghairah ke arah lain.

Ujian itu pakej lengkap buat kita.

Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan pakej yang lengkap untuk kita. Betapa segala ujian dan dugaan itu didatangkan bersama seribu hikmah. Tinggal lagi, bagaimana kita hendak mencari dan mengambil hikmah tersebut.


Demikian juga bagaimana kita mahu menyesuaikan diri kita dengan setiap situasi ujian dan dugaan tersebut.

Adakah kita mahu untuk ringan beristighfar dan bertenang?

Adakah kita mahu untuk mendidik sabar dan berlapang dada?

Adakah kita mahu berusaha dan bertawakal kepada-Nya?

Dan semestinya, adakah kita mahu bersyukur untuk semakin bergerak mendekati-Nya?


Nah, ladenilah hakikat kehidupan ini dengan paradigma yang positif. Saya suka mengulang bahawa Allah telah sediakan pakej yang lengkap. Dia bukan sahaja memberi ujian bersertakan hikmah. Tetapi Dia juga sentiasa hadir bersama kita. Membantu dan membimbing kita.
Allah itu Maha Pemurah. Maha Penyayang.

Simbolik kasih sayang-Nya bukan semudah kata-kata. Dia datang kepada hamba-Nya dengan mengucapkan sayang. Tidak. Tetapi manis rahmat Allah, hanya yang bijak sahaja akan merasainya. Islam mengajar kita menjadi cerdik dan bukannya bodoh.

Oleh yang demikian, beruntunglah siapa yang selalu diuji. Melainkan kita ini memilih untuk menjadi hamba yang gampang pesimis. Melihat ujian dari Allah sebagai rintangan dan bukannya tantangan.
 
Nota kaki:
1. Kata-kata ibu saya khadam dengan perasaan sedikit lega.
2. "Ya Allah, saya perlu sukakan hati saya dengan tidak sesuka hati!"
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...