Kalaulah bina bangunan kena banyak sabar, bina manusia lagilah kena sabar,
Kalaulah bina bangunan kena ada strategi dan pelan, bina manusia lebih-lebih lagilah,
Kalau buat bangunan takleh sorang-sorang, nak bina manusia yang sorang pun tak mampu berseorangan. Percayalah! Mus'ab dan Rasulullah pun berteman.
Beza bangunan dan manusia adalah..
Bangunan adalah daripada batu-bata
Kalau pecah boleh ganti batu baru, kalau retak boleh tampal-tampal
Lain dengan manusia,
Walau pun mungkin hatinya nampak seperti hati batu, janganlah layan macam batu,
Bina manusia ini ada seni-seninya.
Dan tujuan utama yang kena ditanam di dalam kepala adalah..
Kita bina manusia untuk taat dan tunduk mengalah kepada Allah Rabbul 'Izzati,
Makin jauh kita cuba bina manusia, makin banyak kerenah kita akan jumpa.
Tapi bersabarlah.
Amanah kita menyeru manusia kepada Allah dan menghalang mereka daripada buat perkara yang Allah tidak suka. Soal mereka menerima atau menolak itu kerja Allah. Kita offer, terpulang kepada mereka nak bersikap bagaimana. Kalau mereka beralasan atau cuba lari, nak buat macam mana? Tapi kita offerlah dulu dengan betul. Kita offer untuk berislam dengan baik.
Ikhlaskanlah niat kita agar orang-orang yang kita ajak itu akan lebih ikhlas lagi. Dia akan dengar dan taat pada perintah Allah jika dia faham apa yang cuba kita sampaikan. Oleh itu marilah kita fahamkan diri kita dulu bahawa yang kita ajakkan atau sibuk-sibukkan ini adalah untuk membuatkan hati mereka tertaut rapat dengan Allah. Bukan kerana nak memenuhi arahan semata-mata. Ini bukan macam pelatih kawad kaki. Bukan macam robot, bukan bukan bukan! Nanti pemikirannya jadi tak kreatif. Perintah ikut, larangan dijauhi, tapi kosong tak faham apa. Lama-lama jemu, lama-lama mintak izin keluar.. yang lagi best, keluar terus tak bagitau ape pun! Haha what you say??
"Tarbiyah itu menyakitkan". Iya, sakit. Sakit sebab kena korbankan perasaan suka malas-malas, kena korbankan duit, korbankan gelaran dan pangkat, korbankan tidur, korbankan rasa nak balik rumah selalu, korbankan rasa nak makan kat pinggan sendiri, korbankan rasa nak shopping-shopping, macam-macamlah! Tak ramai yang mampu buat semua itu melainkan dia faham kenapa dia kena berkorban.
Bergembiralah dalam membina, bergembiralah menjadi orang yang dibina. Mana milik kita? Tidak ada milik kita. Mad'u itu pun bukan milik kita. Serahkan semuanya hanya milikan Allah. Kita hanya mengusahakan. Itu saja. Moga Allah mengampuni kita semua. Ameen..
No comments:
Post a Comment