Thursday, January 27, 2011

Januari dan Tahun Baru

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru. Rasa sekejap je masa berlalu. Rasanya macam baru semalam saya sibuk-sibuk dengan kawan-kawan menguruskan tentang segala macam hal tentang posting, kemudian saya dicampakkan ke Sungai Besar, Selangor dan akhir saya bergegas ke JPN Selangor untuk memohon berpindah ke Klang. Sekarang sudah masuk tahun baru dan hampir meninggalkan bulan yang pertama. Segala macam hiruk pikuk perjalanan hidup saya ni, saya percaya Allah telah merancang sesuatu untuk saya kerana DIA lah perancang yang paling baik.


Entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya ketika menghadapi kerenah murid-murid tahun 1 ketika hari pertama persekolah mereka. Pengalaman-pengalaman ini akan saya kutip dan saya kumpulkan di dalam diari kehidupan untuk saya pergunakan pada masa akan datang. Insyaallah. Jemputlah baca kartun kat bawah ni ye. Saya budak baru belajar melukis.




Friday, January 14, 2011

Godaan Laman Sosial | Tazkirah Semanis Kurma TV9




Saya baru saja habis menonton rancangan yang sudah menjadi salah-satu rancangan favourite saya. Semanis Kurma yang bertajuk "Godaan Laman Sosial". Dalam slot kali ini, apa yang dibincangkan adalah bahana jika kita terlalu taksub dengan laman sosial sehingga kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai suami, isteri, ibu atau ayah dalam keluarga.

Seorang pemanggil telah menceritakan apa yang telah terjadi dalam keluarganya apabila suaminya ingin berkahwin lain apabila bertemu dengan sorang wanita yang dikenali melalui laman sosial. Katanya selama ini beliau memberi kepercayaan penuh kepada suaminya menggunakan laman sosial tetapi rupa-rupanya telah disalah gunakan oleh suaminya.
Pesanan dari ustazah Norbahiyah, suami isteri janganlah luahkan apa-apa perasaan didalam laman sosial masing-masing seperti meluahkan masalah dalam rumah tangga, sebab ditakuti dalam pada masa yang sama ada pihak yang akan mengambil kesempatan menjadi penasihat dan lama-lama akan menimbulkan perasaan lain diantara satu sama lain.

Sekiranya ingin meminta pandangan, tanyalah dengan orang yang sama kaum. Seperti wanita meminta nasihat pada wanita yang lain dan lelaki meminta nasihat pada lelaki yang lain. Jangan minta nasihat atau pandangan pada kaum yang berbeza sebab ditakuti timbul masalah yang lain.
Incoming Search Terms: 
  • Semanis Kurma TV9
  • Download Slot Semanis Kurma

Tuesday, January 4, 2011

Khairul Fahmi ke Manchester United?

Selepas 2 jam saja Malaysia menang perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia, pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson berhajat mengambil Khairul Fahmi menggantikan Van Der Sar. Wow!!
Betul ke?

Pengurus MU tu memuji Khairul Fahmi antara penjaga gol terbaik antara yang terbaik, jika diberi peluang Khairul Fahmi boleh sebaris dengan Buffon, Cassilas and Van Der Sar. Itulah tajuk berita di lama web MU, Khairul Fahmi mungkin akan ganti Van Der Sar di Old Traffod, Manchester United.


Incoming Search Terms:
  • Khairul Fahmi jaguh Malaysia
  • Khairul Fahmi ke Manchester United
  • Harimau Muda Malaysia

Sunday, January 2, 2011

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Akibat Sakit Jantung

Pelakon Faizal Yusof yang jugak bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung. Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal Yusuf meninggal akibat sakit jantung


Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.
Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

“Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya,” katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. – BERNAMA


NOTA: macam mana dengan drama TIRAMISU tu ya. Dah habis penggambaran ke belum? kalau belum, bagaimana pengarah menghabiskan watak allahyarham?


Incoming Search Terms:
  • Faizal Yusuf Pelakon drama TV3
  • Pelakon Faizal Yusuf
  • Meninggal akibat sakit jantung

Saturday, January 1, 2011

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam bagi tahun 2011

Gaji adalah hak bagi setiap pekerja. Jadi di sini saya ingin kongsikan senarai jadual gaji bagi kakitangan kerajaan bagi tahun 2011. Bagi yang belum daftar e-Penyata Gaji untuk kakitangan awam, sila click e-Penyata Gaji.
Siapa punya duit gaji ni?
Bulan Tarikh Catatan
Januari
25 Jan 2011
Februari
24 Feb 2011 Tahun Baru Cina 
3 & 4 Feb 2011
Mac
24 Mac 2011
April
25 April 2011
Mei
24 Mei 2011 Pesta Menuai 
30 & 31 Mei 2011
Jun
23 Jun 2011 Hari Gawai 
1 & 2 Jun 2011
Julai
25 Julai 2011
Ogos
24 Ogos 2011 Hari Raya Puasa 
30 & 31 Ogos 2011
September
22 September 2011
Oktober
20 Oktober 2011 Deepavali 
26 Okt 2011
November
24 November 2011
Hari Raya Haji
6 Nov 2011
Disember
19 Disember 2011
Hari Krismas
25 Dis 2011


* Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak dibayar awal
kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan.


Incoming Search Terms:

  • Jadual Gaji 2011
  • Jadual Pembayaran Gaji 2011
  • Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...